Dulu terpikir jugak la kan,camne la solat 5 waktu ni wujud?..takkan tengok matahari dengan bulan aje kan leh wujudnye solat 5 waktu tuh...dulu aku pernah tanye mak aku lah kan...dulu punye citer...aku tanye la mak aku,cm ne orang tau solat subuh,zohor,asar,maghrib ngan isyak?...mak aku bese lah dier jawab pe korang tau...cikgu sekolah tak ngajar ke?...penat2 aku bagi anto ko blaja...huehuehue...tu jawapan mak aku time aku tengah hingus-hingusan la atau pendek kata time umo setahun jagung...gitu la kan...tp semakin dewasa ni mak aku leh la bgtau sket2...time temperature panas dier reda bawah takat - (negative) lah...kalau rajin pi tengok buku..mak ni dah tua...ko carik la buku agama mesti ada...aku senyum aje la...baiklah mak...bukan main baik aku time tuh kan...maklum la dah remaja...so...(sengih kejap)...aku sebenarnye pun tatau...baru-baru ni baru tau mane dapat...aku terbaca la kat satu diari Islam 2011 (1432-1433 H)...yang diberikan oleh orang tersayang aku yang sayang kat aku la...sayang sangat-sangat kat aku sampai buku gitu diberinya...dier suh catatlah pape yang aku rase nak catat...memule tak amek port la pasal buku tu...iyer la...nak tulis diari/catatan harian pun tak cukup space...agak-agakla suruh aku catat ape aku wat....tp ntah nape biler dok sengsorang tertiber teringin pulak, so aku belek buku tuh...memule wat tengok-tengok gitu aje...macam nak tanak je belek...tapi biler tibe la bab akhir tuh (kire aku belek abis terus ke belakang la) aku terbaca topik solat nih...baru aku tahu rupenye cm na sejarah solat 5 waktu ni...haaa...nih aku nak share ngan korang sume yer...
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat ;
Rakaat Pertama : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ibrahim a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari,lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukur Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu ;
Rakaat Kedua : kelam dengan air laut
Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat Keempat : kelam dengan perut ikan Nun
MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu ;
Rakaan Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam
yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT
semata-mata, tiada dua atau tiganya.
ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah sesat jalan dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur ;
Rakaan Kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya iaitu Nabi Harun
Rakaan Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat Keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun
aku ni pasal agama ni jahil la jugak tapi andai kata ada kemusykilan la dalam hal2 di atas tu,sesame la kiter bincang yer....:)
No comments:
Post a Comment