sidLa

My photo
Malaysia, Islam/Malay, Malaysia
aku menulis bukan kerna nama cuma ingin meluahkan isi hatiku yang terpendam walaupun aku tahu tempat sebaik-baik aku curahkan isi hatiku dengan Allah Taala...semoga apa yang aku coret,tidak menyinggung perasaan sesiapa pun dan aku mohon kemaafan andai itu berlaku...aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Saturday, September 17, 2011

Jujur Pada Pasangan


Assalamualaikum allz dan selamat petang buat sumer...pepetang gini sambil menunggu kedatangan famili aku berkumpul ke umah mak,nak sambut best day mak aku arini,jadik aku usha beberapa blog yang sempat aku terjah pepetang gini...Terjumpe la satu petikan inieh...so aku rasa bende ni penting sebab tuh la aku share buat tatapan korank jugak....(gambo atas tu untuk pengetahuan my lurvly br0 no.2 okeyh...hehehe)...just wat gempaQ sket ahh....ehek...selamat membaca di blog aku tak seberapa nieh!~
Perkahwinan merupakan satu perkongsian suami isteri atas segala yang ditentukan. Kejujuran merupakan asas utama dalam melayari bahtera tersebut. Perlukah seorang wanita atau lelaki memberitahu bakal pasangannya jika dia mengidap penyakit yang boleh memudaratkan atau menjejaskan tumpuannya pada pasangannya kelak? Adakah wajar pasangannya meminta cerai atau memutuskan ikatan pertunangan mereka?

Di dalam Islam jika seorang lelaki ingin berkahwin biasanya diadakan pinangan terlebih dahulu. Ketika itu wakil dari pihak lelaki melihat wanita tersebut, apakah dia memiliki ciri-ciri wanita sihat atau subur, menjalankan agama dengan baik serta syarat yang lain menurut Islam. Disini membuktikan pentingnya mengetahui keadaan wanita tersebut jika seorang lelaki ingin meminang ataupun mengahwininya.


Di dalam hadith juga ada disebutkan jika seseorang lelaki ingin meminang wanita hendaklah memperhatikan empat perkara; hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Namun yang paling penting pilihlah wanita yang memiliki agama yang kukuh. Jadi jika demikian syaratnya, maka tidak baik bagi seorang wanita menyembunyikan kekurangannya yang dikhuatirkan akan menjejaskan hubungan suami isteri setelah berkahwin. Bereterus teranglah tentang kekurangan yang kita miliki mungkin dengan cara demikian pihak lelaki ataupun tunang kita boleh menerima kekurangan itu sebagai suatu kenyataan yang tidak perlu disesali. Tapi jika tidak bereterus terang dari awal dikhuatirkan akan meruntuhkan rumahtangga, maka ini lebih memilukan hati dan perasaan kedua-dua belah pihak.
Jika setelah berterus terang pihak lelaki tidak mahu menerima kenyataan tersebut, mungkin itulah yang terbaik yang Allah tentukan untuk anda. Perkara ini akan lebih mudah anda terima sebagai suatu kenyataan dibanding dengan menerima kemungkinan yang pahit setelah menikah nanti. Wallahu A’lam.
sumber : uptome.net
 p/s : Happy BestDay to my mom yang ke 68...semoga mak sehat dengan kehendak-Nya...lurv u mak...

No comments:

Post a Comment