sidLa

My photo
Malaysia, Islam/Malay, Malaysia
aku menulis bukan kerna nama cuma ingin meluahkan isi hatiku yang terpendam walaupun aku tahu tempat sebaik-baik aku curahkan isi hatiku dengan Allah Taala...semoga apa yang aku coret,tidak menyinggung perasaan sesiapa pun dan aku mohon kemaafan andai itu berlaku...aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Saturday, October 15, 2011

Usah Benci Pelaku Maksiat

Assalamualaikum allz...hari ini cuaca cantek je kat kampung halaman aku.Dah 2 3 hari hujan aje siang dan malam...beselah kan,ujung2 tahun gini musim tengkujuh dan ade sesetengah kawasan banjir tp tak ler banjir gegiler...Alhamdulillah la sekarang sistem pengairan di negara kita semakin bertambah baik...so,insya Allah banjir pun mungkin kurang dah berlaku...
Sebenarnye bukan hal ni aku nak citer tapi tadi aku dapat satu artikel yang cukup menarik untuk di share bersama...untuk aku bermuhasabah diri juga pada masa ini dan mengingatiku hingga akhir waktuku...jum3...:)
~ USAH DIBENCI KEPADA PELAKU MAKSIAT..~


Diceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa a.s. sedang berjalan bersama seorang muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikut mereka dari belakang.

Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian. Lalu dia berdoa didalam hati, "Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini."

Nabi Isa tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, "Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu.Pergilah engkau dari sisiku."

Kita sememangnya membenci perbuatan maksiat. Namun kebenciaan kita kepada maksiat tidak beerti kita membenci dan menghina orang yang melakukannya.

Seringkali sikap negatif sebegini membuatkan orang semakin jauh daripada agama. sebaliknya, kita harus membuka hati kita untuk mengasihi lalu memberi nasihat yang tulus kepadanya. Kelembutan selalunya lebih berkesan dalam mengubah orang lain daripada kekerasan atau penghinaan...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

" Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut,"  ( Riwayat al-Tirmizi). 

No comments:

Post a Comment