Sesambil melayari internet terutama sekali bahagian fesbuk..al-maklum lah website tu femes sekarang sampai friendster,myspace pun dah macam tak dipandang lagi dah...macam orang jual pisang goreng..eh...goreng pisang..eh..ntah..same je bunyi janji pisang tu digoreng la kan,terutama sekali aku lah...tp korang nak tahu aku ni seorang yang mudah lupe dengan email dengan password biler dah buatnye...last2,aku melopong la nak membuke fesbuk,myspace dan sampai ada pulak yg kene hack..macam-macam la aku ni kan...
Oh ya!..nak share sket masa aku jengah fesbuk member-member...kenalan-kenalan walaupun tak kenal la,tp ada la sikit-sikit kenal, aku 'usha' fesbuk geng mirc aku iaitu ^mayat_hidup^....atau dekat fesbuk dier namanya Wong Lan...tah nama betul ke idak...usha tengok member dier panggil reen...aik...nama cam pompuan pulak...heran bin ajaib jugak la...tapi apa ada pada nama kan?...aku usha la gambar-gambar dier,boleh tahan jugak la mamat ni...seorang cikgu kalau tak silap aku la...kalau silap,harap di perbetulkan...jadi mintak maaf bebanyak lah....
Aku usha fesbuk dier banyak yang aku terpikat mengenai kata-kata SAHABAT...begitu indah hingga aku terasa nak share dekat sini. Korang kalo nak copy leh aje la...hak semua...sile2...:)
Indahkan kata-kata yang terdapat dalam petikan-petikan tuh...yang paling last tuh la wat aku suker sangat-sangat...walau tak berapa kenal sangat kat mayat_hidup ni,semoga Allah sentiasa melindungi dirinya dan korang semua tak kira di mana jua berada...asal kita tahu Dia bersama dengan kita,InsyaAllah...& harap-haraplah aku pun boleh jadi salah seorang sahabat yang baik untuk korang semua...wallahu Alam....
Akhir kata yang dapat aku amek dari fesbuk member aku nieh ;
"Jika kita bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat kita. Jika kita bermusuh dgn sahabat kita, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan itu."
Ukhwah Fillah Abadan Abada...Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana ALLAH..barakallahu fiq
Apa khabarmu wahai sahabat ?
Dimanapun engkau berada, semoga ALLAH sentiasa menjaga dirimu, ragamu, jiwamu, akalmu, lisanmu, hatimu dan imanmu…
Amin..Ya..Rabbal’aalamin
...
Ya ALLAH…,
Jagalah sahabatku dikala penjagaanku tak sampai padanya,
Sayangi ia, disaat sayangku tak mampu merangkuhnya dalam dekapan nyata,
Muliakan ia, dikala penghargaanku tak terangkum dalam kata yang sahaja,
Berkatilah ia, diketika diriku tidak dapat membahagiakanya,
Kasihlah ia, disetiap masa jika kasihku hnya seketika buat mereka,
Kerna Engkau punya segala yang tak ku punya,
Dan kerna kuinginkan ia selalu menjadi saudaraku di dunia,
Dan mengharap kelak bertemu dengannya di surga,
Amin…Allahumma Amin
*Doa dari sahabat untuk sahabat…terima kasih menjadi sahabatku, semoga Allah merahmati persahabatan kita. Amin*

(facebook rakan : AnJe)
No comments:
Post a Comment