sidLa

My photo
Malaysia, Islam/Malay, Malaysia
aku menulis bukan kerna nama cuma ingin meluahkan isi hatiku yang terpendam walaupun aku tahu tempat sebaik-baik aku curahkan isi hatiku dengan Allah Taala...semoga apa yang aku coret,tidak menyinggung perasaan sesiapa pun dan aku mohon kemaafan andai itu berlaku...aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Wednesday, February 9, 2011

Raihan-Terimalah aku

Semalam aku baru saja terdengar lagu ini. Lagu yang membuatkan hati aku begitu sayu..betapa jahilnya aku dalam hal-hal keagamaan ini.Tatkala aku berada di bumi Allah yang indah ini,kadang-kadang aku jadi alpa dengan keindahan dan keseronokan di muka bumi Allah ini.Ada kalanya aku terasa diri ini terlalu hina,terlalu jahil,terlalu pentingkan diri sendiri...Macam-macamlah yang aku fikir hingga berlinangan air mata aku tanpa disedari hingga jatuh membasahi pipiku.Tapi acapkali aku sentiasa lupa dengan hikmah dan kebesaran-Nya yang banyak memberi kepadaku tanpa aku sedari dahulu.Terima kasih Ya Allah..tak jemu pulak dengar lagu tuh...tapi itulah kiter kan,lebih-lebih lagi diri aku, time dengar lagu itu aje baru rase insaf, pastu buat lagi...pastu mule la lagi memacam perangai...jiwa kacao la...ape la kan...Tapi, akanku cuba lah yang terbaik untuk diriku mulai sekarang. OKU-[O]rang [K]uat [U]saha, bukan [O]rang [K]urang [U]paya tau..:)..usaha tangga kejayaan...!!!

Tuhanku akulah hambaMU,
Yang  tak pernah sempurna mentaatiMU,
Tuhanku akulah hambaMU,
Yang hanya ingat padaMU tika kesusahan.

Setiap waktu penuh kelemahan,
Setiap saat memerlukanMU,
Setiap waktu penuh kekurangan,
Setiap saat memerlukanMU.

Tuhanku ampunkanlah dosa - dosaku,
Telah banyak yang ku lakukan,
Menghitamkan hatiku.

Ampunkanlah aku,
Maafkanlah aku,
Ku benar - benar mahu kembali kepadaMU.

Ampunkanlah aku,
Terimalah aku,
Terimalah segala taubatku.

Tuhanku akulah hambaMU,
Yang tak pernah sempurna mentaatiMU,
Tuhanku akulah hambaMU,
Yang hanya ingat padaMU tika kesusahan.

Setiap waktu penuh kelemahan,
Setiap saat memerlukanMU,
Setiap waktu penuh kekurangan,
Setiap saat aku memerlukanMU.

Tuhanku ampunkanlah dosa - dosaku,
Telah banyak yang ku lakukan,
Menghitamkan hatiku.

No comments:

Post a Comment