sidLa

My photo
Malaysia, Islam/Malay, Malaysia
aku menulis bukan kerna nama cuma ingin meluahkan isi hatiku yang terpendam walaupun aku tahu tempat sebaik-baik aku curahkan isi hatiku dengan Allah Taala...semoga apa yang aku coret,tidak menyinggung perasaan sesiapa pun dan aku mohon kemaafan andai itu berlaku...aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Wednesday, February 9, 2011

Pagi ini aku mulakan dengan sebuah pembacaanku di sebuah buku yang baru aku jumpa. Lama jugak mentelaah buku ini kerana jarangkali aku membaca majalah. Jadi, aku nak share sket tentang sebuah puisi ini untuk semua yang mengikuti blog aku ini. Best la pulak rasenye biler baca puisi ini.

Bila Isteri "Mengamuk"

kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
hendak "mendua","mentiga" dan "mengempat"ku?

Kekadang disergahnya suami
ketika keringat masih membasahi
Baru melangkah masuk ke pintu rumah

Ketika itu muhasabahlah diri,
mungkin suami berdosan dengan Tuhan,
atau bersalah dengan insan,
mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan
yang telah dilakukan
Lalu datang "serangan" itu sebagai peringatan

Suami,
Hadapkanlah diri ke cermin tadi,
kaji dirimu satu persatu,
kalau liar, berhentilah,
kalau berdosa,bertaubatlah.

Jangan berkira-kira hendak "berdua",
kalau yang satu itu tidak mampu dijaga,
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan...
tetapi mampukah meratakan keadilan
memimpin penuh kasih sayang?

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah dia baik-baik
Ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayyub.

Atau ingatlah pesan Umar Al-Khattab
ketika di datangi seorang suami
yang dileteri isteri:
"bersabarlah,kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita
daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga anak-anak kita
Dia yang membantu menjaga
makan minum kita
Dia yang mencuci kain-baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan
kerenah mereka?"

Taburkanlah segenggam salji
pada secubit api
Insya-Allah,
Cinta itu akan semarak kembali.!

(SOLUSI :isu 24)

No comments:

Post a Comment