sidLa

My photo
Malaysia, Islam/Malay, Malaysia
aku menulis bukan kerna nama cuma ingin meluahkan isi hatiku yang terpendam walaupun aku tahu tempat sebaik-baik aku curahkan isi hatiku dengan Allah Taala...semoga apa yang aku coret,tidak menyinggung perasaan sesiapa pun dan aku mohon kemaafan andai itu berlaku...aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Tuesday, February 8, 2011

Menerusi blog ini,aku nak kumpul serba sedikit tentang pelbagai perkara,iaitu sesuatu yang menyentuh hati dan perasaan aku dan sesuatu yang mencuit jiwa dan sanubari aku tika aku sedang melayari internet ini. Rasa buang masa pulak biler tiada kerja nak aku lakukan tika berhadapan dengan laptop aku ini. Akhirnya terfikir nak kumpulkan apa yang aku dah baca, sama ada dari blog-blog,dari web-web yang aku jelajahi, dan juga buku-buku yang aku baca. Aku bukan seorang penulis blog yang tegar dan obses dengan mewujudkan blog ini namun hati ini seperti mencari sesuatu yang semakin hilang dalam kehidupan aku ketika ini. Semoga dengan adanya blog ini, aku berharap agar aku boleh merujuk kembali atas apa yang telah aku lakukan setiap kali aku meng'online'kan diriku ini.

Setiap cetusan yang aku luahkan,yang aku muatkan dalam ini mungkin mengambil keperibadian dan hak orang dan aku minta ampun dan maaf andai kata perlakuan aku ini tidak menyenangkan sesetengah pihak. Tapi itulah aku, kerja men'cilok' hak orang aje kan?...:)...namun itu adalah untuk aku menghayati,menghargai dengan setiap apa yang anda paparkan sehinggalah aku terasa nak mewujudkan blog ini. Aku berharap agar semua yang terlibat memaafkan diri aku ini dan aku berterima kasih banyak-banyak ke atas setiap jasa anda semua dan hanya Allah saja yang mampu membalasnya suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment