sidLa

My photo
Malaysia, Islam/Malay, Malaysia
aku menulis bukan kerna nama cuma ingin meluahkan isi hatiku yang terpendam walaupun aku tahu tempat sebaik-baik aku curahkan isi hatiku dengan Allah Taala...semoga apa yang aku coret,tidak menyinggung perasaan sesiapa pun dan aku mohon kemaafan andai itu berlaku...aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Friday, September 9, 2011

Tertekan sikap ibu bapa punca anak kemurungan


Assalamualaikum sumer dan salam jumaat jua...

Alhamdulillah dengan izin Allah, diberi lagi kesempatan untuk aku  berkongsi bicara dengan pembaca semua. Banyak nikmat Allah yang kita peroleh, sayangnya sering kali kita lupa untuk bersyukur, apa lagi mengucapkan terima kasih. Mana tidaknya, semua nikmat itu antaranya dikecapi sebaik terbuka mata di dunia ini menyebabkan lupa untuk mengiktiraf udara yang disedut, kemampuan melihat keindahan sekeliling serta kesempurnaan fizikal sebagai anugerah perlu disyukuri sentiasa. Itu belum lagi nikmat rezeki, kesihatan serta kebahagiaan melimpah ruah yang menghias kehidupan. Bukan tidak ada ruang dan peluang, tetapi entah kenapa ya, agak sukar untuk mengucapkan, “Ya Allah, terima kasih”.

Firman Allah yang bermaksud: “Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah At-Talaq, ayat 3)

Moga kita sentiasa ingat tiap kali bangun jerk dari tido...pertama sekali ucapkanlah TERIMA KASIH YA ALLAH...:)

Arini sebenarnye aku nak berkongsi tentang sikap ibu bapa yang boleh menyebabkan anak-anak tertekan dan bermurung...Al-maklum la hujung tahun begini musim peperiksaan bakal tiba...minggu depan merupakan peperiksaan UPSR atau Ujian Penilaian Sijil Rendah...tul ka?...hehehe...lame dah tak amek periksa ni...maksud UPSR pun aku lupe...malas tul search kat yahoo eh...ehek...korank nanti betulkan ek...kalo silap la...al-maklum arr m0kcik da tua...kehkehkeh...

Tidak salah ibu bapa meletakkan harapan tinggi terhadap anak mereka tetapi ada kalanya pengharapan yang tiada batasan itu menyebabkan hidup anak tertekan hingga membantutkan semua perkembangan dirinya. Berdepan dengan anak yang menghadapi masalah tekanan disebabkan sikap ibu bapa yang terlalu mengharapkan anak mencapai kecemerlangan sedangkan kemampuan anak tidak sampai ke arah itu, membuatkan saya rasa terpanggil untuk membicarakan isu ini. Banyak kes yang dibawa untuk mendapatkan rawatan kerana sikap anak yang tiba-tiba berubah dan tidak mahu mendengar kata, rupa-rupanya membongkarkan kepincangan hubungan ibu bapa dengan anak. Malangnya, dalam kebanyakan kes, ibu bapa tidak tahu mereka punca sebenar perubahan berlaku dalam diri anak. Justeru, apabila anak mula bertindak di luar jangkaan, pelbagai alasan dicari, malah anak turut dipersalahkan.

Ada ibu bapa yang datang untuk mendapatkan rawatan memberitahu anak mereka menghadapi gangguan tetapi apabila dirawat, anak itu sebenarnya bebas daripada sebarang gangguan. Sebaliknya, selepas diselidik, anak itu mengalami kemurungan kerana gagal memuaskan hati ibu bapanya. Anak itu berasa tertekan kerana gagal menggembirakan ibu bapa apabila keputusan peperiksaan tidak cemerlang seperti diharapkan. Tanpa menyedari kekurangan anak itu, ibu bapa terus memberi tekanan dengan harapan menggunung tinggi. Kemurungan adalah gangguan kepada perasaan seseorang disebabkan tekanan yang tidak dapat dikawal hingga menyebabkan trauma yang akhirnya menjadi bebanan kepada jiwa. Disebabkan itu, seseorang mula menjadi pendiam atau pemarah. Dalam dunia moden hari ini, semua kita inginkan yang cepat dan yang bagus saja. Begitu juga ibu bapa, inginkan anak melakukan yang terbaik tetapi lupa memikirkan kebolehan atau kehendak anak itu sendiri.

Justeru, berlaku pertembungan antara dua kehendak yang berlainan dan yang memikul semuanya adalah anak. Hingga ada kes, seorang anak terus mengalami tekanan walaupun usia sudah menjangkau 30-an. Kini, anak itu trauma apabila mendengar ibunya bercakap kerana ada saja yang tidak kena atau si ibu akan terus memaksa anaknya melakukan perkara tidak disukainya(bukan aku keyh)...^_^. Disebabkan tidak tahan dengan sikap ibunya, anak berasa tertekan dan tidak mahu bekerja. Selalunya, apabila kes kemurungan dibawa kepada ahli pakar, ibu bapa berpeluang mendengar sendiri luahan hati anak mereka. Ada yang boleh menerima dan tidak kurang yang masih berdepan sindrom penafian, sukar mengakui hakikat mereka punca anak berubah sikap.

Ada masanya ibu bapa perlu mendengar apa yang ingin diperkatakan anak dan cuba memahami anak mereka. Sesungguhnya Allah menciptakan manusia itu berbeza warna kulit, paras rupa, sikap dan kelebihan dirinya. Semua itu ada sebab musababnya dan ini sepatutnya diberi perhatian ibu bapa. Bukan hanya menetapkan apa yang boleh dan tidak untuk si anak tanpa memberi peluang mereka menggilap kelebihan diri berdasarkan keupayaan dimiliki. Jika anak berminat dengan kerja mekanikal, jangan dipaksa anak itu mengambil jurusan pengurusan atau perniagaan. Ia di luar minat dan kemampuan mereka. Apabila dipaksa juga, itu yang akhirnya menimbulkan masalah. Ada anak yang sedaya upaya memenuhi hasrat ibu bapa kerana tidak mahu menghampakan mereka tetapi semua itu dilakukan secara terpaksa. Kebenarannya, diri mereka tidak bahagia dan merasakan hidup hanya untuk memenuhi kehendak orang lain. (betul betul betul-say upin ipin...hehehe ^_^)

Anak juga mempunyai perasaan tetapi kebanyakan ibu bapa jarang memikirkan perasaan anak sebaliknya sentiasa menekankan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa. Kepada ibu bapa, ada masa renungkan hubungan dengan anak, adakah mereka benar-benar memahami anak mereka. Itu belum cerita mengenai ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya dan aktiviti masing-masing hingga melupakan terus tanggungjawab terhadap anak.

Kekurangan kasih sayang dan perhatian juga boleh menyebabkan anak berdepan gangguan perasaan. Anak adalah amanah Allah dan menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan amanah itu terpelihara. Firman Allah yang bermaksud: “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar.” (Surah Al-Anfal, ayat 28)

Apabila Khalifah Muawiyah bertanyakan mengenai anak kepada Al-Afnaf bin Qias, maka dijawabnya: “Wahai Amirul Mukminin! Adapun anak itu ialah buah hati kita, tulang belakang kita. Kita ini adalah bumi yang lebar tempatnya berpijak, langit tempat mereka berlindung teduh dan bernaung dari kerananyalah berani kita menempuh kesukaran bagaimana sulit. Dari itu bila mereka meminta, berikan, bila mereka kecewa, senangkan hatinya agar dibalasnya dengan cinta pula dan dihargai kepayahan kita.”
P/s : so...renung-renungkan...selamat membaca...:)....lurv Amirul Akmal Danish ...:)

sumber :Al-hidayah

No comments:

Post a Comment