sidLa

My photo
Malaysia, Islam/Malay, Malaysia
aku menulis bukan kerna nama cuma ingin meluahkan isi hatiku yang terpendam walaupun aku tahu tempat sebaik-baik aku curahkan isi hatiku dengan Allah Taala...semoga apa yang aku coret,tidak menyinggung perasaan sesiapa pun dan aku mohon kemaafan andai itu berlaku...aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Sunday, February 20, 2011

Bicaraku...

Sejak beberapa minggu lepas banyak yang berlegar di dalam fikiran aku. Kerja yang banyak, exam lagi, keadaan kesihatan yang tak tentu. Yang paling utama, dalam memikirkan tentang nilai persahabatan..

Mungkin Allah telah membuka hati aku untuk melihat dengan mata aku sendiri tentang apa yang aku maksudkan sebagai KAWAN atau SAHABAT. Siapa yang layak aku panggil sahabat dan siapa sebenarnya sahabat aku. Siapa yang sebenarnya sudi menerima aku di dalam keadaan yang paling teruk dan siapa yang sudi menghulurkan tangan di kala aku benar benar memerlukan. Siapa yang menerima aku tanpa apa apa syarat. Siapa yang menerimaku kerana diri aku, dan bukan kerana apa yang aku ada. Dan akhirnya Allah telahpun membuka hati aku untuk melihatnya.

Mungkin sukar untuk aku bertahan di dalam keadaan ini tanpa  kekuatan yang diberikan Allah. Sukar untuk aku memberitahu diri yang aku perlu bertahan dan terus bertahan. Ku berharap Allah sentiasa bersama denganku...

1 comment: