sidLa

My photo
Malaysia, Islam/Malay, Malaysia
aku menulis bukan kerna nama cuma ingin meluahkan isi hatiku yang terpendam walaupun aku tahu tempat sebaik-baik aku curahkan isi hatiku dengan Allah Taala...semoga apa yang aku coret,tidak menyinggung perasaan sesiapa pun dan aku mohon kemaafan andai itu berlaku...aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Wednesday, February 23, 2011

Perihal Cinta...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Lama jugak tak meng'update'kan blog ini..namun pada hari ini aku nak cerita sedikit perihal tentang cinta.Apa itu cinta?..Cinta bagi aku merupakan sesuatu yang cukup indah dalam setiap langkah kehidupan aku.Tatkala dilamun cinta tiada yang buruk-buruk malah semuanya indah belaka, namun apabila terluka semuanya salahkan cinta padahal kita sendiri tidak tau dan sedari sebenarnya kita dicintai oleh Yang Maha Esa yang sentiasa disisi kita...Oleh itu,sepatutnye kita perlukan cinta dari Yang Maha Agung yang mencipta kita...apabila timbulnya cinta kepada-Nya, segala perjalanan hidup kita yang bernama 'cinta' pastinya direstui dan diredhai-Nya...


:::KATA-KATA CINTA:::

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.

Apabila Allah s.w.t. cinta kepada kita maka seluruh makhluk di langit dan di bumi akan mencintainya bertepatan dengan hadith dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Jika Allah s.w.t. mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru, “Sesungguhnya Allah s.w.t. mencintai Fulan, maka cintailah dia!” Maka para penghuni langit mencintainya, kemudian dijadikan orang-orang yang menyambutnya di muka bumi.”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Dalam Sunah Abu Daud dari hadith Abu Dzar r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Amal yang paling utama ialah mencintai kerana Allah s.w.t. dan membenci kerana Allah s.w.t.”

Imam Ahmad berkata: “Kami diberitahu oleh Isma’il bin Yunus, dari Al-Hassan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Demi Allah, Allah s.w.t. tidak akan mengazab kekasih-Nya, tetapi Dia telah mengujinya di dunia.”

Untuk mengetahui makna cinta selanjutnya,layari website ini :


semoga menjadi pedoman dan panduan untuk aku dan korang semua...:)

No comments:

Post a Comment