sidLa

My photo
Malaysia, Islam/Malay, Malaysia
aku menulis bukan kerna nama cuma ingin meluahkan isi hatiku yang terpendam walaupun aku tahu tempat sebaik-baik aku curahkan isi hatiku dengan Allah Taala...semoga apa yang aku coret,tidak menyinggung perasaan sesiapa pun dan aku mohon kemaafan andai itu berlaku...aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Monday, October 10, 2011

Artikel dan kata2 berguna buat sumer...^_^

Assalamualaikum...Alhamdulillah sekarang  aku banyak dekatkan diri dengan Maha Pencipta...asal rase nak bengang je Astaghfirullah la dibibir aku...hope aku leh kawal bengang n marah aku tuh la...

banyak yang terjadi pada aku baru2 nieh...jiwa kosong hati tak tenteram..terasa dalam hati aku perlu diisi sesuatu agar menyenangkan hati nieh...hati o hati...jadik aku layari pelbagai laman page berkaitan Keislaman...so,byk la ayat2 yang memberi semangat dekat aku...h0pe aku leh ikut secara berterusan lah....dan aku pun nak share bersama korank...leh je nak copy n share kat mane2 korank suke okeyh...^_^....sekarang waktu muhasabah diri....:)

★•.•´¯`•.•★ 10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA ★•.•´¯`•.•★

★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★

Dengarlah pesanan ini ~>

1. Janganlah kamu membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum kamu berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kamu dengannya sekadar saja, kelak mungkin 'si dia' bukan jodoh untukmu.

3. Jika kamu ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kamu berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika kamu menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kamu lihat, yang kamu lalui sebelum berkahwin hanyalah palsu semata, hakikatnya kemanisan cinta hanya dapat dirasai setelah kamu diijabkabulkan.

6. Jika kamu inginkan pasangan yang terbaik, maka kamu perlu menjadi yang terbaik terlebih dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar kamu tahu apa yang perlu kamu tahu saja mengenai 'si dia'.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika kamu masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga kamu benar-benar yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu menguasai cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu satu persatu sehingga kamu kembali bertaubat, nauzubillah.


-------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment