sidLa

My photo
Malaysia, Islam/Malay, Malaysia
aku menulis bukan kerna nama cuma ingin meluahkan isi hatiku yang terpendam walaupun aku tahu tempat sebaik-baik aku curahkan isi hatiku dengan Allah Taala...semoga apa yang aku coret,tidak menyinggung perasaan sesiapa pun dan aku mohon kemaafan andai itu berlaku...aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Wednesday, March 23, 2011

Tsunami di Jepun....

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah atas kesihatan yang dianugerahkan oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala. Selawat dan salam semoga tercurah dan terlimpah untuk baginda, yakni kekasih ALLAH - Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam. Begitu juga kami semua du’aakan yang terbaik untuk keluarga mu, para sahabat-sahabat mu serta ummat-ummat mu yang senantiasa disayangi oleh mu, Ya Rasulullah. Mudah-mudahan mereka akan terus beristiqhomah dalam langkah kehidupan menuju destinasi yang satu, yakni mendapatkan keredhaan-MU.

Dah lama rasanya tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukan dengan assignment dan juga merupakan last semester aku dalam pengambilan diploma pendidikan awal kanak-kanak..Alhamdulillah selagi ada daya upaya yang dizinkan Allah aku akan terus mengemaskinikan blog aku yang tidak seberapa ini untuk aku kongsi setiap apa yang aku baca,setiap apa yang aku dengar dan lihat dan setiap apa yang aku 'surf' di internet...

Untuk kali ini tidak byk aku hendak kongsi bersama namun baru2 ini kita dikejutkan dengan Tsunami yang melanda Di Jepun...sebuah video aku nak kongsi bersama kerana bagi aku apa yang telah Allah nak berlaku pada akhir zaman begini pasti berlaku, betul tak?...hanya kita sebagai manusia perlu beringat-ingat sesama kita dalam dunia yang sementara ini...dan Insya Allah aku pun akan beringat untuk diri aku sendiri juga....kadang-kadang kita ingat,kadang-kadang kita alpa...gitulah kita dalam dunia sementara ini kan?...Entah apa akan terjadi selepas ini,kita tunggu dan lihat kekuasaanNya...Sesungguhnya tiada siapa yang dapat menghalang ketentuan Yang Maha Esa kita dan bagi diri aku,aku merasakan aku sungguh jahil dan kerdil dalam dunia ciptaanNya kerana banyak yang disuruhnya aku abaikan. Aku berharap tika nyawa masih dikandung badan ini,aku nak bersama denganNya sentiasa tidak kira aku dalam keseorangan atau sebagainya...aku berharap Dia tidak jauh dariku kerana aku sangat-sangat memerlukanNya untuk terus memberi aku kekuatan dalam meneruskan sisa kehidupan aku ini dengan lebih bermakna.... Sesungguhnya yang indah dan cantik itu hanya milik ALLAH Azza Wa Jalla semata dan yang buruk lagi cacat itu datang daripada kelemahan serta kedhoifan diri aku sendiri. Wallahu ‘alam…

No comments:

Post a Comment