sidLa

My photo
Malaysia, Islam/Malay, Malaysia
aku menulis bukan kerna nama cuma ingin meluahkan isi hatiku yang terpendam walaupun aku tahu tempat sebaik-baik aku curahkan isi hatiku dengan Allah Taala...semoga apa yang aku coret,tidak menyinggung perasaan sesiapa pun dan aku mohon kemaafan andai itu berlaku...aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Thursday, March 31, 2011

Demi Masa....

Allah menguji hamba-Nya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang tidak bersyukur, siapa pula yang sabar dan siapa yang berputus harap.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati. Allah juga menguji hamba-Nya dengan perkara yang halal dan perkara yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan.

Setiap orang menerima ujian dalam bentuk yang berbeza dan ujian yang diterima setiap orang juga tahapnya berbeza dan cara penerimaan setiap orang juga berbeza. Allah tidak memberi kesusahan dan ujian kepada seseorang manusia melainkan dalam kemampuan hamba-Nya sendiri.

Manusia yang berhenti pada satu tahap kesusahan akan menjadi orang yang putus asa dan bernasib malang, dia akan memandang hidup ini dengan pandangan kosong dan hampa. Namun, bagi orang yang beriman dan orang yang berfikir, mereka akan menerima dengan rasa rendah diri, rasa bersyukur, selalu bersangka baik dengan Allah dan mereka sentiasa berusaha untuk menyelesaikan semua kesulitan itu dengan kaedah terbaik serta mengikut tauladan Nabi. Seorang yang beriman meyakini bahawa setiap kesulitan itu pasti ada jalan keluarnya, dan yang pasti kesulitan itu tidak akan diberikan Allah, melainkan bersesuaian dengan kemampuan manusia itu sendiri.

Kita sewajarnya lebih bersedia menghadapi kesulitan dan kepayahan, bila Allah ciptakan manusia Dia telah sertakan sekali pelbagai risiko ujian dalam kehidupan ini untuk manusia hadapi, kerana hidup memang diciptakan untuk tujuan itu. Akan tetapi, semua itu bertujuan baik, kerana dengan kesulitan-kesulitan itulah Allah meningkatkan darjat manusia itu sendiri disisi-Nya.

Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji tahap keimanan seorang manusia. Jika mempunyai darjat keimanan yang tinggi, maka kita akan menerimanya dengan keredhaan, maka padanya terdapat rahmat Allah serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya, maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah dan kesesatan yang nyata.

Kesusahan dan kepayahan manusia selama di dunia, tidak akan pernah berhenti semenjak dalam kandungan hingga di saat kematiannya datang. Bahkan, kematian itu sendiri adalah kemuncak dari segala kesusahan dan kepayahan hidup. Dalam kehidupan di dunia ini, setiap manusia selalu berhadapan dengan berbagai bentuk kesulitan dan kesusahan, Walaupun dapat melepaskan diri dari satu kesulitan, tapi masih banyak kesulitan yang lain sedang menantinya dikemudian hari.

Misalnya, seorang yang masih dalam bangku persekolahan merasa kesusahan dengan peperiksaan. Setelah lulus dan selesai dari bangku persekolahan, dia kembali menghadapi kesusahan untuk mendapatkan pekerjaan pula. Apabila memperolehi pekerjaan, muncul lagi kesusahan baru menghadapi cabaran di tempat kerja dan begitulah seterusnya. Ini bererti bahawa ujian bagi manusia sebenarnya bertujuan baik bagi meningkatkan kualiti hidup manusia itu sendiri. Bukankah dengan ujian seorang siswa akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah?. Dan bukankah dengan ujian juga, seorang guru biasa boleh menjadi seorang pengetua cemerlang yang disegani?.

Oleh kerana itu, ujian atau kesulitan bukanlah sesuatu yang wajar di takuti dan di pandang buruk, Ujian tidak boleh dihindari atau ditakuti, kerana ujian itu diberikan adalah demi kebaikan manusia itu sendiri. Akan tetapi, yang salah dan buruk adalah manusia yang gagal dalam menghadapi ujian dan kesulitan itu, selalu menyalahkan ketentuan Allah, tanpa memikirkan banyak kebaikan yang Allah telah berikan kepada mereka. Semakin banyak ujian dan kesulitan yang dihadapi, semakin tinggi tahap kualiti yang ada padanya, kalau dia berjaya menyelesaikannya dengan penuh rasa sabar, rasa keinsafan dan rasa kepercayaan kepada ketentuan dan balasan yang lebih baik dari Allah. Bukankah ikan yang paling sedap dagingnya, adalah ikan yang sering berenang di air deras?. Dan bukankah emas yang sering dibakar akan semakin berkilat?.

Maka bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi, para sahabat Nabi dan orang yang soleh. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti akan ada perkara yang lebih baik menanti dikemudian hari.

- Allah menguji manusia dengan kesenangan untuk manusia jadi hamba yang bersyukur.
- Allah menguji manusia dengan kesusahan supaya manusia jadi lebih penyabar, pemurah dan mengasihani orang yang hidup mereka lebih susah dari kita.
- Manusia akan dinilai oleh Allah dihari pembalasan kelak.

Ramai yang mudah tewas apabila diri mereka diuji dengan kemewahan, mereka mula lalai, meraka makin rakus melakukan dosa dan semakin jauh dari mengingati Allah sedangkan semasa mereka ditimpa kesusahan, mereka banyak menghabiskan masa mengingati Allah dan beribadah sahaja. Ramai juga yang mudah tewas apabila ditimpa kesusahan serta kesukaran dan mula menyalahkan Allah, menjauhkan diri dari Allah dan berbuat kerosakan terhadap orang lain, sedangkan semasa senang dia banyak bersedekah, menderma dan menolong orang yang dalam kesusahan. Ramai mula hadapi tekanan, hilang punca dan pedoman hidup akibat ujian demi ujian yang diberikan ke atasnya.

Maka redhalah dengan setiap ujian, bersyukur ketika dikurniakan nikmat dan kesenangan hidup, bersabar ketika ditimpa musibah dan kesakitan, ingatlah dari Allah kita datang dan kita akan kembali menemui Allah pada suatu masa nanti. Sesungguhnya Allah terlalu sayangkan kita, ujian dan cubaan sebagai peringatan supaya kita tidak terus hanyut dalam kesesatan, tercampak dalam lembah kehinaan dan tidak tergolong orang yang di murkai Allah. Dan bila kita kesusahan dalam masa yang sama kita telah banyak berdoa dan beribadah, tetapi Allah masih berikan kita ujian dan lambat memakbulkan doa kita sebagai peringatan Allah merindui rintihan doa dari kita yang terlalu lama kita tinggalkan semasa kita dalam kesenangan..

Ujian dan dugaan menjadikan nikmat dan betapa manisnya sebuah perjalanan yang bernama kehidupan..


Post : Mohd. Rizal to sakoz.fm Fan Club (Facebook)

No comments:

Post a Comment