sidLa

My photo
Malaysia, Islam/Malay, Malaysia
aku menulis bukan kerna nama cuma ingin meluahkan isi hatiku yang terpendam walaupun aku tahu tempat sebaik-baik aku curahkan isi hatiku dengan Allah Taala...semoga apa yang aku coret,tidak menyinggung perasaan sesiapa pun dan aku mohon kemaafan andai itu berlaku...aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Thursday, February 17, 2011

Marah Ke???


Pernahkah anda semua brfikir..why am i always get angry so easily?
marah...amarah..
Pelbagai lagi perkataaan yg sinonim dengannya.
jika kita teliti, marah itu sebenarnya satu aliran perasaan yang bersifat negatif.
Apabila seseorang itu berasa marah, secara automatiknya cas-cas negatif telah menguasai dirinya.
Seperti yg kita semua sedia maklum, marah itu mampu mengawal minda manusia.
Ia akan menyahkan cas-cas positif dan seterusnya mengatasi batas kewarasan akal kita.
pernahkah anda mendengar pepatah ini? "ikut hati,mati" "ikut rasa,binasa"
"ikut marah, padah."

sahabat sekalian..,
telinga kita selalu mendengar..
"jika kamu berasa marah, segeralah ambik wuduk. Jika masih kamu marah, segeralah baca Al-Quran. Jika marah kamu belum juga reda, segeralah kamu mengerjakan solat, berdoalah pada Yang Maha Esa . Berkomunikasilah dengan tuhanmu Ya Rahman Ya Rahim..kerana Allah itu mampu memadamkan api kemarahanmu. "

Langkah mencegah sifat marah:~


i) always be positive.. think positive..supaya tiada ruang untuk
cas negatif menguasai diri anda
ii) be matured.. matangkan fikiran.. take things rationally, not emosionally
iii) bersihkan hati.. hati yg bersih dgn sifat-sifat negatif mampu memantapkan kewarasan akal minda


"a smile a day keeps your anger away"
"senyum itu adalah jalan mudah untuk mendapat pahala."

Senyuman itu adalah anugerah Allah yang indah. Sepertimana Allah s.w.t menciptakan hambaNya berbeza-beza, begitu jugalah dengan senyuman manusia.
Mengapa perlu berat untuk melemparkan senyuman?
tiada siapa akan menyuruh kita membayar harga sebuah senyuman kerana senyuman manusia itu tidak ternilai harganya.dengan senyuman,manusia mampu merasa bahagia.dengan senyuman,hari-hari yang kita lalui akan lebih indah dan ceria.

Jadi, tidak salah jika saya simpulkan bahawa dengan senyuman juga, manusia mampu mengelak sifat marah dari menguasai diri. Bayangkan jika anda marah pada seseorang, tapi anda hanya senyum dan terus berlalu pergi.. jika anda lakukan seperti pepatah di atas,nescaya esok kamu tidak akan berasa marah pada orang tesebut lagi.

yang penting,sentiasa muhasabah diri..

Jika berasa marah, cepat-cepatlah kamu beristighfar supaya tiada lagi bisikan-bisikan syaitan yang akan menghasutmu dari terus berasa marah.
Sesungguhnya, sifat marah itu adalah sifat syaitan. Seseorang yang bersifat pemarah adalah diibaratkan seperti berkawan dengan syaitan.wallahu'alam...

senyum seindah suria..
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati,duniamu berseri..
senyum umpama titian dalam kehidupan
kau tersenyum..ku tersenyum..
kemesraan menguntum =D

No comments:

Post a Comment